Quantcast
Channel: Azah Rahaman
Viewing all 248 articles
Browse latest View live

Part 6 : Dugaan Majlis Bertandang

$
0
0
salam semua.


azah nak ceritakan part last pasal perkahwinan azah. post 5 panjang sangat nanti pedih mata pula membaca kan :P tu pun kalau ada baca cerita panjang la. hehe. 17 oktober 2017, kami mengadakan majlis bertandang. majlis bertandang ni diadakan sebelah pihak lelaki. kalau loghat kelantan, panggil majlis ngata nantu.


majlis bertandang ni berakhir dengan baik tapi permulaan yang cukup cukup menyayat hati. bukan kes bunuh ke apa ke tapi peristiwa ni lilahi azah cakap azah akan ingat sampai akhir hayat. sedih sungguh bila majlis kita sendiri dimalukan sampai macam tu sekali.


pagi tu selepas azah basuh basuh periuk, pinggan apa semua, adat lah kan rumah kampung, selepas majlis akan gotong royong bersihkan barang2 pula. so selepas membasuh barang barang yang digunakan, wakil sebelah azah terima panggilan dari seseorang pihak sana. "boleh tak kalau awalkan majlis?" haa sudah nak awalkan pulak. azah dan suami punyalah rancang sebaik-baiknya. dah lama dah rancang timing selepas zohor tu. pihak lelaki datang majlis rumah azah selepas zohor, jadi selepas zohor jugaklah azah pergi rumah dia. FAIR and SQUARE la kan, sama adil. selepas zohor takdela rushing sangat buat itu ini.


kami terima panggilan pukul 10 pagi, dan dia rancangkan majlis bertandang diadakan pukul 1230 pagi. ye 2 jam setengah sebelum tu terima panggilan. Allahuuu. dengan tak makeup, dengan tak mandi, dengan ada lagi par hantaran tak siap sebab most hantaran waktu bertandang ialah kek kek dan makanan manis kan. Allah. sangat stress waktu tu. azah pun cubalah contact dengan MUA boleh tak awalkan makeup. dia pun boleh awalkan. okay azah pun ON je masa 1230 bertandang. contact lah balik saudara inform majlis pukul 1230. sangat sedih sebab huru hara je kejadian pagi tu. *sepatutnya ikut la masa pengantin yang ditetapkan dah lama, jangan buat keputusan sendiri LAST MINUTE. bagitahu awal awal kan senang.


cerita tu kita hold dulu, masuk cerita MUA pula ye. sepatutnya MUA bertandang azah adalah sama dengan MUA akad nikah. memang lawa MUA akad nikah, so azah mengharapkan azah pun cantik juga pada hari bertandang. ye, bertandang pun kena cantik sebab ramai saudara baru menerima kita ni dalam keluarga diaorang. kena la tampilkan personaliti yang cantik juga kan. nak jumpa orang baru TETAPI apa yang azah harapkan, harapan tinggal sia-sia. MUA azah terpaksa diganti malam sebelum kejadian. sedih juga la sebab azah terima je cadangan MUA akad nikah supaya azah dimakeupkan oleh orang lain TANPA azah tahu hasil macam mana MUA makeup bertandang azah tu. huhu. azah tak salahkan MUA akad nikah azah, azah REDHA dengan apa yang berlaku. takpelah.


pukul 11, MUA datang, azah dimakeupkan. dengan serabut, tak tenteram dan sewaktu tu azah harapkan makeup azah cantik la boleh cover dengan badmood azah sebab majlis dipercepatkan. huhu. tapi maaf MUA bertandang, azah tak dapat puji makeup anda. azah ni dah lah tak cantik, selepas siapnya makeup semua orang terkejut dengan makeup azah. pukul 1240 makeup siap dan kami bergerak ke rumah pengantin. Allah, time tu. Allah je tahu perasaan azah dengan nak marahnya masa dipercepatkan, dengan nak marahnya makeup tak cantik, dengan nak marah segala-galanya.


azah rasa, kalaulah mak ayah mertua azah masih hidup, mesti dia akan kata"pergi balik la ni bukan ngata NANTU ni ngata HANTU" 


can you imagine majlis bertandang azah jadi huru hara dan pengantin sendiri badmood di majlisnya? Allah, azah sangat SEDIH. waktu sampai 1240 tu azah dah ambil wuduk siap-siap. siap ws dekat suami, "kita takyah bersalam la ye. zohor dah nak dekat, nanti azah sampai, kita bersanding sekejap pastu terus solat". ye sampai tahap tu punyalah rushing dalam majlis. pukul 1250 zohor. kami solat sekejap dalam bilik. azah hampir menangis dan siap bagitau suami lagi "azah malu nak berhadapan dengan keluarga awak dengan muka macam ni"





Allah. sedihnya majlis sendiri Azah badmood. azah ni dah lah tak cantik. kalau dah makeup macam tu, triple tak cantiknya :( tapi Azah tak salahkan MUA bertandang sebab azah faham dia pun rushing nak makeupkan Azah. mungkin dia tertekan dengan paksaan orang ketuk pintu suruh cepatkan sikit makeup tu dan mungkin dia takde pengalaman sangat makeupkan pengantin. huhu :( sungguh, Azah takde masa! kalau azah ada masa, dah lama azah wipes je makeup tu dan dap dap bedak, sapu lipstick. siap! sebab muka azah takde la teruk mana pun kan :(


Allah. hampir 4 bulan azah simpan benda ni. sekarang rasa lega sikit :'( nanti azah buatkan entri tips untuk bride to be ye. again, azah tak salahkan sesiapa. ambil la pengajaran dari cerita ni. dan lilahi azah cakap, sampai sekarang dah 4 bulan kahwin, orang masih bercerita pasal makeup bertandang azah. tebal kening la, tebal situ la, tebal tepi mata la :'( orang siap mention lagi "taknak makeup macam siti tu, tebal sangat tu" huhu.


walaupun sedih dengan timing hari bertandang, tapi takpelah, mujur la waktu rumah husband tak bergambar sangat sebab azah badmood nak bergambar. selepas asar, azah balik rumah dan kami buat photoshoot pulak :) mujur la petang hari ada lagi sinaran matahari, so tak nampak sangat makeup tu. huhu. okay la kan. dalam album gambar kahwin pun kebanyakkan tukang kedai brightnesskan gambar kahwin ni. jadi la cantik juga sikit. okay la jadinya walaupun dimalukan dalam majlis sendiri. huhu


p/s: ambil ibrah, jangan jadi macam azah. tak pasal malu seumur hidup.






Tewas Tertewas

$
0
0
salam semua. korang sihat ke?

cuaca sekarang tak menentu kan. terkadang hujan, terkadang panas, terkadang hujan panas, terkadang berangin dan sebagainya. Allahuakbar.  tiga empat hari lepas, suami demam. batuk. selesema, demam urat. kesian suami. kite tengok pun kesian. yelah kan, dah jadi isteri ni perasaan lain sangat bila kita nampak suami tak sihat. dulu kalau dia mengadu tak sihat, azah just suruh berehat je. kali ni nampak di betul betul letih, kita pulak hampir menitis air mata.


sebenarnya minggu lepas, kami diduga. banyak dugaan yang datang tapi takpelah, dugaan itu mematangkan kita sebenarnya kan. lepas dapat dugaan tu, suami azah banyak berfikir. dan mungkin fikiran dia menganggu sebab tu dia pun makan tak lalu dan automatik demam. Allah. suami suami, buat suami, saya tahu awak baca ni, "keep strong b deh, mi akan sokmo dengan b, ups and down kita sama-sama hadapi deh. "


lepas sehari suami demam, azah paksa suami ke klinik. tu pun sebelumnya dia bagi banyak alasan. haa tengok, malam tu demam bantuk tak henti2 la. tu la taknak dengar sangat nasihat isteri. haha. selepas malam batuk tak henti, tengahhari esoknya suami ke klinik untuk check up dengan doktor. doktor bagi ubat, kita pulak la jadi nurse kan. haha. pantau sakit suami lak.





ubat suami. suami dapat ubat tahan sakit, ubat batuk, dan demam urat. sekarang nampak macam dah pulih sikit. cuma batuk je belum reda tapi takpe, tu pun dah cukup reda. alhamdulilah.



nak dijadikan cerita jugak, suami sembuh je, isteri pulak kena sakit. haha. azah sejenis kalau demam akan start dulu dengan sakit tekak, diikuti dengan selesema dan malam tu terus badan panas. tu diaaaa. tapi azah dengar cakap suami, haha. suami suruh ke klinik, kita pun beli la ubat klinik. alhamdulilah dah beransur pulih jugak. sekarang pun menaip tak pasang kipas dan bersweater, biar hangatkan lagi badan kan :) 





haa. ni ubat azah. koolfever mmg benda wajib azah simpan dekat rumah. senang kot kot jadi kes macam ni lah. azah dapat ubat selesema dan ubat linkus. bestnya ubat linkus ni dia two in one. ubat selesema boleh, ubat sakit tekak pun boleh. cara dia kemam je tablet tu setiap 2-3 jam. azah okay dengan benda ni so alhamdulilah, sesuai la dengan badan azah kan :D



oh ya, alhamdulilah esok azah akan start kerja. jadi setiap hari akan ada schedule post yang azah buatkan :) azah kerja biasa je. ahad khamis. macam biasa waktu pejabat akan balik. korang doakan azah ye :) biarlah gaji tak seberapa asalkan ada hasil untuk topup duit. hehe. doakan azah dan suami sembuh ye. nanti azah blogwalking blog2 yang tinggalkan komen ye


Food Review Western Food

$
0
0
assalamualaikum semua


semenjak dua menjak ni, azah malas sungguh nak masak. tatau habit baru apa yang timbul sekarang ni. haha. sebab asyik masak je selalu kan sampai habis menu dah nak masak. so dua hari lepas, ajak suami makan dekat luar. mulanya nak pergi makan shellout. sekali call kedai tu, dia cakap tutup. so kita postpone lah. kita makan western je la kan :D


sampai tu, oh mak aiii penuh orang. kedai ni pun turut viral di facebook. kali pertama datang dengan kawan kawan dulu, air suam semudah mudah air pun lambat sampai. so harapnya kali kedua ni pergi ada la perubahan sikit kan. dengan harapan staff ramai dan staf efisyen dalam buat kerja. tapi takpe, lambat2 sikit azah faham la kan dengan customer ramai.


azah sampai dalam pukul 830. tempat duduk rotan dah habis dah, so takpe la, kita duduk je la dekat kerusi mana mana pun kan. asalkan kenyang isi perut. 3 minit duduk, bos sendiri datang ambil order. haha. adoiii tak cukup tangan melayan, bos sendiri yang bekerja. haaa. bagus betul bos dia kan :))


azah order:
chicken chop 2
air limau suam
strawberry sundae
sang kaya


kira okay la. sang kaya lama tak makan. strawberry sundae untuk suami azah. air limau suam untuk azah sendiri sebab tengah demam kan. tengah sakit tekak jugak so cari la air air suam yang boleh legakan tekak.


memula sampai air limau suam, strawberry sundae dengan sang kaya. sementara menunggu chicken chop yang tiba, kita minum air dan makan sang kaya dulu. nyummm. sedap!












sang kaya ni sedap la jugak. roti dihiris petak petak pastu celup dalam kaya hijau dengan tak sure apa dia kuahnya. haha. macam makan roti disalut kaya je :D sang kaya ni harga rm4.90 macam tu. 







ni aiskrim sundae suami. sedap jugak la. ada choclate, ada rice warna warni tu, ada batang coklat tu. boleh tahan la. tak silap harganya rm5.90/rm6.90 gitu. 




tunggu punya tunggu, sang kaya sampai habis. haha. dalam 20 minit jugak la tunggu chicken chop ni nak siap. tapi takpe. adat la kan sebab ramai sungguh orang ke kedai dia. sampai je. ambil ambil gambar terus ngap! hahaa. sebab dah lapar sangat kan :p




rasa dia? not bad la. sedap macam biasa je. sos sos apa semua macam biasa. murah pun murah. rm4.90 je sepinggan. ayam dia portion besar. salad, fries dll tu benda biasa je yang mana mana pun ada kan :) overall chicken chop dia ni 8/10 la. okay la kan :)


dalam 10.20 malam macam tu, bayar bayar terus balik. harga okay la, berbaloi dengan makanan. total total habis rm22 je :D hehe. kenyang perut suka hati! balik rumah azah  terketar2 sampai kena tepek coolfever atas dahi. tu laa berjalan malam sangat kan. kena angin sejuk. mendapat la gigil je atas katil, haha. pakai sweater berlapis-lapis. selimut dua lapis :)) syukurlah pukul 12 macam tu terjaga dah terasa bahang. so tanggalkan sweater dua helai tu, boleh tidur macam biasa dah. syukur sebab sekejap je Allah uji sakit :') 


Sijil & Kad Perakuan Nikah (E-Kahwin)

$
0
0
assalamualaikum semuaa!


yey dah boleh honeymoon! hahaa. manatau ada babymoon kan. ehhh :P dah lama sebenarnya nak ambil kad perakuan nikah dan sijil nikah ni. punyalah susah nak ambil. call tanya status dah siap tapi belum ambil di pejabat negeri. call lagi cakap alasan yang sama jugak. hehehe. azah tak menyabar ke prosedur dia memang ambil masa lama eh :P nasib baik melayan je kerani tu kan. 


tapi imam cakap 2-3 bulan dah boleh tanya dah pejabat agama. tu kita excited asyik call je pejabat agama tanya kad perakuan nikah dan sijil nikah ni. haha. last last minggu lepas azah sendiri call, pastu azah siap cakap "bila ye boleh ambil di pejabat agama, sebab saya nak honeymoon nii" sambil gelak. hahaha. dia pun gelak je. dia cakap, in shaa Allah minggu depan boleh ambil. so azah pun takpelah, kita tunggu jela kan tiba saatnya :))


ahad lepas, waktu dalam pejabat pos, suami terdetik kad perakuan nikah dan sijil nikah dah siap ke belum ye. tak call pun terus suami ke sana sebab pejabat pos dengan pejabat agama dekat je. azah tunggu dalam pejabat pos sebab tunggu turn nak beli parcel poslaju nak pos barang customer. azah siap je buat pengeposan, suami azah tak sampai lagi. mungkin dah siap kot kad perakuan nikah dan sijil nikah tu. 


azah pun berjalan je ke pejabat agama. duduk tunggu 2 minit macam tu, suami keluar sambil sengih macam kerang busuk dia tu lah. hahaa. yay kad perakuan nikah dan sijil nikah dah siap! belek belek baca info dulu. kot ada tersalah pape kan. boleh bagitahu terus. so bila dah takde, kami pun balik dengan muka happyyy sebab kad perakuan nikah dan sijil nikah siap. haha





patut la lama suami kat dalam rupanya kerani tanya nak laminatekan terus tak. suami cakap laminate je la terus senang kan. so kerani laminatekan la jap. kena cas rm5 :) cantik tak sijil nikah kami? hihi. sesetengah negeri sijil nikah sementara kadi tak berikan waktu akad nikah kan, kena tuntut sendiri di pejabat agama. macam azah kat kelantan, memula akad nikah, tok kadi bagi dulu sijil nikah sementara sebagai tanda pass halal kami berdua. hehee :)






kad  perakuan nikah kami. heee. letak dalam wallet siap siap. kalau ada orang tanya apa apa, tunjuk je kad nikah ni. amboii berlagak! mentang mentang dah ada kad nikah kannn. haha :D ada sikit azah tak puas hati pasal kad nikah ni. tengoklah gambar azah tu. hahaa. tudung biru. latar pun biru. adoyaiii tak memasal kann. nasib baik nampak la jugak azah pakai tudung. kalau takkkk haa nampak muka saja. hahaa


kad perakuan nikah dan sijil nikah ni kalau di tempat azah di kelantan, kami tak payah susahkan diri kami ke pejabat agama untuk buat sijil nikah dan isi borang itu ini nak buat kad nikah. alhamdulilah. semuanya tok kadi/tok imam yang buatkan untuk kami :) hehee. terima kasih tok kadi sebab mudahkan kerja kami. kira kami just bayar kat tok kadi je berapa2. seingat azah rm120 rasanya upah tok kadi nikahkan kami dan cas buat kad nikah sebab waktu suami ambil kad nikah ni tak kena cas apa-apa pun :)



sijil nikah sementara azah ingat nak laminate simpan. sekali pejabat agama ambil daaa. hehee. so takpelah. original dah ada kan. kad perakuan nikah pun dah ada, so takpe je. :D boleh la buat kenangan. hihi. ohh ya, kad perakuan nikah dan sijil nikah ni ada dua salinan. suami satu. isteri satu. kat sijil memang ada tulis dah :) kalau dekat kad perakuan nikah, belakangnya ada info"S" untuk suami dan "I" untuk isteri :))


azah dah buat kad perakuan nikah. korang dah ke? :P





Food Review : Golden Egg Crunch KFC

$
0
0
assalamualaikum semua!


selepas cod di pengkalan chepa, kami berkesempatan makan KFC di airport pengkalan chepa, kelantan. sesambil tengok kapal terbang mendarat dan terbang kan. nak naik kapal terbang tak tahu bila, kita tengok jela dulu kapal terbang pelepas niat :P hiks


waktu di KFC, terfikir nak makan apa la ye. memang niat nak makan KFC di aiport pun, kebetulan jugak ada cod di pengkalan chepa, so sekali jalan je la terus kan makan di KFC. sampai di entrance KFC, tingkat dua aiport, azah terus order menu baru Golden Egg Crunch KFC. suami pulak order snack plate KFC je. kami dua dua ambil air milo je. sekarang kena pantang minum air gas dan berkabonat, so boleh minum minuman seadanya. 


servis KFC memang cepat. so dalam masa 5 minit dah dapat makanan. uniknya Golden Egg Crunch ni sebab takde  ayam original tau. nak taknak makan juga yang spicy. 

azah order Golden Egg Crunch dapat :
1. ayam spicy 2 pcs
2. wedges
3. kentang putar






tadaaaa! satu azah punya, satu suami punya :DD ambik gambar sebagai kenangan biasa lah. haha. yang Golden Egg Crunch azah tu ada daun kari dan rempah rempah yang digunakan. sebab sama sama dapat 2 pcs, jadi kami tukar je ayam. so dua dua la dapat merasa ayam Golden Egg Crunch dan ayam snack plate gitew. fair and square kan.


pendapat peribadi azah pasal Golden Egg Crunch?

azah boleh bagi rating 7/10 sebab rasa sama je macam ayam spicy yang lain. kalau beza pun sikit je. so azah boleh katakan tak berbaloi pun nak makan Golden Egg Crunch ni :)) suami azah dia suka ayam Golden Egg Crunch ni. dia rasa macam kaw ada rasa rempah rempah kan. kalau azah, tak berkenan la puloks. hehee. so next time, baik order ayam biasa je. murah pun murah kan :P


eh cite pasal ayam lapar la pulak! hahaa. padahal baru makan tadi. alahai. nak buat macam mana, kerja ni asyik lapar je :P entri ni di taip malam selepas makan malam tau. azah jadikan ia schedule post sebab azah kerja office hour dan cuti hanya hujung minggu sahaja :) korang doakan azah kerja elok elok eh. haha









ni lah resit kami. Golden Egg Crunch kena cas rm16.50 plus air milo rm1.60 dan suami snack plate kena cas rm15.80 plus air milo rm1.60. phewww kopak duit! next time la pulak makan sedap sedap. takleh makan sedap selalu kan zaman gawat ekonomi ni. hihi. bye korang! jumpa lagi. 


azah dah makan dah KFC golden egg crunch. korang dah ke belum? hihi


Terima Kasih Takaful Siswa - Takaful Malaysia

$
0
0
assalamualaikum semua.


ALHAMDULILAH. rezeki tak pernah salah alamat! ahad lepas abang posmen pon pon depan rumah azah. kalau pon pon tu mesti ada surat penting. lepas ambil surat dalam box, eh ada surat azah dari Takaful Malaysia. terus terdiam sekejap. bila masa pula masuk takaful malaysia kan. dulu memang ada la nak join takaful etika tapi sebab gagal exam TBE, terus dah malas nak join. terus semangat down. dah lah bayar exam TBE mahal, bukannya murah. huhu.






pastu buka la surat tu. baca isiannya. siap ada note penting, sila balas dengan kadar segera. pheww. tiba-tiba rasa macam ada urusan baginda pula kan. haha. tilik punya tilik. faham isi kandungan. eh akaun takaful dah matang ke, kalau matang, eh dapat duit kan? hahaa. terus tanya mak, mak pernah buat takaful siswa ke kat adik. mak cakap, sebelum abah meninggal, waktu abah bekerja, abah ada daftarkan adik dengan abang abang takaful siswa. abang azah semua dah dapat duit, azah je belum. wah nak dapat duit, terus excited. yela kan, tengah gawat ekonomi, hiks. apa rezeki ada, kena terus rembat!


pastu whatsapp abang abang dalam group. abang cakap suruh isi cepat2 borang yang dilampirkan. kebetulan tengahhari tu ada urusan di kota bharu, so terus submit borang tu ke pejabat takaful malaysia berdekatan.


azah: encik, saya nak serahkan ini ye
encik: takaful siswa ye, akaun awak dah matang dah ni, awak dah isi details details ni. okay dah takde apa dah.
azah: bila agaknya duit akan diproses ye?
encik: dalam masa 1-2 minggu
azah: kalau nak tahu baki berapa  boleh tak?
encik: oo, tu hanya HQ je yang boleh kira.
azah: oo takpelah, terima kasih ye.



settle submit borang. alhamdulilah ada yang nak bagi duit kan, cepat ke lambat ke terima jelah. hehe. asalkan dapat. macam mata duitan pulak kan :PP eh zaman ekonomi sekarang, 10 sen pun azah berkira tau! yelah, nak dapat duit gaji hujung bulan. so sekarang ni ada yang nak bagi, kita terima je la :D



nak dijadikan cerita, semalam tengah baring2 balik kerja, tergerak hati nak check email. bahagian Important ada 1  message. eh message apa ni. tengok sender dari bank islam. eh scammer ke ni? takpe, baca dululah. baca punya baca. jeng jeng jeng 

/
/
/
/
/








alhamdulilah! duit dah dikreditkan dalam akaun maybank. hiks. sebab interbank jadi ambil masa sehari dari bank islam nak masuk ke dalam maybank. semalam bank islam masukkan pukul 55 petang. harini rezeki pagi jumaat, pukul 11 pagi, duit dah masuk. hehee. berapa agaknya ye? nak kata banyak, tak jugak. nak kata sikit, tak jugak. tapi alhamdulilah boleh la buat makan sampai hujung bulan ni :)



cepat sungguh kerja takaful malaysia ni. akaun azah matang usia 22 tahun, 18/1/2018. surat dikeluarkan > azah terima surat > azah respons surat > 09/02/2018 azah terima duit. alhamdulilah alhamdulilah. rezeki bulan februari. rezeki tak pernah salah alamat. hihi :D



rasa macam nak menangis pun ada. bulan lepas, dapat ujian bertalu-2 tapi Allah tahu kemampuan hambaNya macam mana. di sebalik kesedihan rupanya ada hikmah. ada kegembiraan lain. ada rezeki yang jauh lebih baik. alhamdulilah alhamdulilah. azah pun berterima kasih pada arwah abah. mencarum untuk pendidikan anak-anaknya. Allah. sebak rasanya. terima kasih abah. kan best kalau abah masih ada. adik rindu abah sangat! :'( semoga abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aamiin.



Al fatihah
Abdul Rahaman bin Salleh
29 Julai 1952 - 24 Julai 2006



Domain Bertukar dari Blogspot ke .Com

$
0
0
Alhamdulilah.


selamat datang azahrahaman.com
selamat tinggal zaza96.blogspot.my


dulu selalu berangan-angan kan best bila ada domain sendiri. al maklumlah, time tu students lagi masih belum mampu nak membayar. pastu jugak, kalau buat dulu mesti akan rugi banyak sebab bertahun ada blog tapi tak aktif. hehe.




sekarang bila dah bergelar pekerja dan isteri orang, dah mampu dah beli domain .com sendiri. why not kita tunaikan hasrat yang tak jadi dulu kan? hehehe. guna nama sendiri dan nama abah di belakang. :) tanda keseriusan dalam dunia blog kan. lagi pula, bilaa ada domain sendiri ni rasa macam gempak la sebab nama sendiri. lagi commercial gitu. haha


by the way, terima kasih untuk NetKL sebab realisasikan impian azah nak bertukar dari blogspot ke domain sendiri. yippe! domain azah dikenakan rm45 setahun dan upah pemasangan domain rm10. azah malas nak serabut kepala fikir DNS , server name apa bagai tu. kita upah je. cepat betul sevis netKL. yay. thank you NetKL.


amacam? okay tak nama domain azahrahaman? hehehe :D sekarang jom kita kejar trafik, pagerank dan alexa pulak. yeeaaah :D azah dah bertukar ke .com. korang bila lagi?



Hari Pertama Bekerja Sebagai Pembantu Taska

$
0
0
salam semua!


ye ye. azah dah kerja. kerja biasa je sebagai pembantu taska. perasaan? rasa macam mana? apa tugasan? apa tanggungjawab sebagai pembantu taska? macam mana rasa hari pertama? pheww. mesti korang tertanya-tanya kan. letih memang letih tapi dah kerja kan. ada ke kerja tak letih?



hari khamis hari ketiga. makin better buat kerja. makin cerdas la jalankan tanggungjawab. azah start kerja 645 pagi sampai 530 petang setiap ahad - rabu. khamis 645 pagi sampai 430 petang. khamis, boleh la balik awal sikit kan. biasalah. mood pun dah okay sebab weekend. yay! harapnya weekend ni tak diganggu dengan aktiviti lain. jumaat sabtu je ada masa dengan husband dan family. so betul2 kena manfaatkan. bukan apa sebab azah dah 2 minggu berturut2 "bekerja" pada hari weekend. bila dah kerja ni, takde kerja kerja lain waktu weekend.



hari pertama kerja? so worst for me. personally, a bit failure la rasanya. sebab satu, azah kena jaga baby 1 tahun and baby 8 bulan. both baby sakit, memang kena jaga betul2. mandi tak boleh lama. agah agah pun takleh kuat2 sangat takut terkejut kan. so macam mana rasa? agak letih jugak. sebab azah mana ada adik, so segala benda baby azah kena belajar balik. cara mandikan baby, cara pakaikan baju baby, cara susukan baby, cara tidokan baby and others.



happy, disappointed semuanya dalam satu perasaan. happy sebab get a new challenge. dissapointed sebab azah masih terkial2 nak mandikan baby and sedih jugak la sebab azah tak dapat tidurkan baby. time tu rasa tak bergunanya aku :((




mesti korang pelik kan kenapa azah take this risks? sebabbbbb i take this as new challenge for me! yelah kan. azah dah kahwin. kelak, kalau ada baby, boleh prepare mentally and physically dah :) yela kan, sekurangnya kita tahu selok belok on how to take care the babies sebab bukan senang yeee nak jaga baby ni. no no no. ada sesapa cakap senang? waktu mereka tidurlah kita boleh rehat kejap, kita boleh kemas kejap kita boleh landing sekejap. haa gitu :)



korang doakan azah kuat eh! haha. dan azah mampu untuk buat yang terbaik untuk baby :D




Milo Kepal Viral

$
0
0
salam semua.


jumaat lepas ke pasar raya Pantai Timur Tumpat Kelantan. cari barang dapur sikit. memang habit azah setiap sebulan sekali akan ke pasar raya cari barang. yelah kan, dah jadi isteri ni memang kena alert barang dapur dengan barang keperluan ni. kena berjimat juga. kan tengah gawat ekonomi. hehee. so lepas beli barang, dahaga la pulak. pastu teringat dalam facebook, tengah viral milo kepal ni. eh tengah panas sedap makan milo kepal ni. haha. so lepas buat pembayaran, cari la kedai mana satu jual milo kepal ni. cari2 punya cari last kedai je. senang je nak spot kan.

so order la milo kepal viral dengan ais krim rm3.90 je. murah je kan. dalam masa 5 minit siap dah. hehee. azah pilih topping ais krim strawberi. hiks. 








terliur tak? hahaaaa. tambah kacang and stick panjang tuuu. rm3.90 sahaja. murah je :D boleh la hilangkan dahaga. azah sebenarnya hilang kenikmatan merasa asbab masih demam tapi sebab nampak milo kepal ni mengiurkan, so beli jugak lah. hahaa. suap suap suami jugak, azah makan jugak. boleh la telan walaupun manis sikit milo original kan :D




view dari atas. haaa sedap ke tak sedap? cuba dulu baruuuu tahu sedap ke takkkk okay :P hahaa. hilang mengidam nak makan milo kepal viral. lepasni apa pulak la yang viral kan :P 


azah dah makan dah milo kepal viral ni. korang dah makan ke belum? :D

Day 1 — Your favorite song

$
0
0
Salam semua


ini entri tertangguh selepas bertahun lamanya. haha. post 30 things 30 days ni azah jumpa dalam linkwithin dekat bawah. so alang2 kalau tak ingat post dalam masa sehari, sekurangnya ada backup post kan :D






so lets check it out, day 1 - my favourite song. kalau nak ikutkan lagu favourite ni banyak. hahaa. sebab azah kan usia dah angka 2. lol :P so lagu2 lama ni memang minat le. lagu lagu jiwang tahun 90an dulu. bukan nak cakap lagu sekarang kualiti tak elok, tapi entah la. azah lebih "in" dengan lagu-lagu lama yang bergenrekan nasyid dan lagu jiwang. ecececeh.


Antara lagu yang azah minat

Genre Nasyid 
ainul mardhiah
ya rasulullah
keluarga bahagia
sahabat sejati

Genre Jiwang 
mengintai dari tirai kamar - Exist
rahsia pohon cemara - Exists
bila cinta didusta
ku relakan dikau pergi - Okay


eh kalau nak listkan memang banyak laa. seriously i tell you! hahah :D sebab azah ni nak cakap kaki karaoke tu bukan tapi kalau dalam kereta keluar je lagu2 lama, azah dengan lagu tu sama-sama naik tau! hehehe. in fact waktu azah bergaduh setahun lebih dengan hadi time bujang haritu pun, melayan je la lagu lagu jiwang ni mengenangkan nasib pelamin anganku musnah kan! hahaha. nasib sekarang dah kahwin dengan hadi. hikhik


so, korang. korang minat lagu apa? jom kongsi2 :D bagi yang kekurangan idea nak update apa, korang boleh juga join challenge azah ni. sekurangnya blog korang sentiasa update. boleh juga tingkatkan pageviews dan unique visitors kan.







Template Bertukar Wajah

$
0
0
Assalamualaikum semua!


Template bertukar wajah. hehe. dulu nampak macam gegirl sikit kan? sekarang nampak macam simple pulak. haha. sesuai kot simple black and white ni jadi template kan :P sebab terbekenan dan seiring dengan trend template blog tahun 2018. kita pun tukar la template kejap. hehe



aci tak tukar itu ini sekejap sekejap? ahaks :P agak agak mana lagi better ye? yang gegirl pinky macam dulu? atau simple elegance macam sekarang? buntu laa. sebab tak tahu apa yang sesuai dengan title isteri orang dah ni. haha :P


mohon bagi pandangan ye :P


DAHULU





SEKARANG






Day 2 — Your favorite movie

$
0
0
salam semua!


harini day two, 30 things in 30 days challenges. so harini azah nak sharekan favorite movie azah pulak. hmm azah ni bukanlah kategori kaki movie, kalau review movie tu azah tengok 8/10 ke atas barulah azah tergerak hati nak tengok. tu pun kena percepatkan masa masa jugak. kalau best boleh la tengok, kalau tak best kirim salam je lah. hahaa.






so far azah tak ada favourite movie. apa azah nak tengok, azah tengok je :) setakat ni apa yang suami azah downloadkan, azah tengok je sekali dengan dia. haha. sesambil tengok movie, sesambil suami bercerita ibrah dari cerita tu. bagus kan suami azah. haha. sebab terkadang azah kalau cerita best pun, kalau dah datang mood mengantuk, haa lelap jela mata. at last tinggal suami azah terpinga-pinga tengok movie sengsorang. haha. 



jadi apa favourite movie suami azah akan jadi movie yang azah tengok juga. haha. 3 bulan lebih kahwin, azah perhatikan suami ni suka tengok movie aksi aksi. so azah pun minat la cerita aksi aksi ni jugak. banyak juga la dah download online movie movie ni. sekarang ni pun tengah download cerita iron man, iron man 2, iron man 3. haha. sesambil makan jeruk cicah asam nyum nyum boleh layan iron man kan. malamni nak marathon iron man! wuhoooo



azah minat movie movie aksi. korang minat movie genre apa? mesti genre romantik kan? haa berpada sikit! ke minat movie korea? ahaks :P 



Travel Totebag by Ana Suhana

$
0
0



Assalamualaikum semua.


kali ni azah nak support giveaway sorang blogger kita. tekan gambar untuk join tau! mana tau ada rezeki kite menang totebag kan :D jom sama-sama kita join jom.

syaratnya simple simple sahaja!


SYARAT-SYARAT :
1. Follow blog anasuhana.com.
2. Follow IG Ana Suhana
3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.
4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.


see. simple je kan? jangan lupa join tau! :D byebye. jumpa esok.



Food Review - Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu

$
0
0
salam semua. 


sabtu lepas azah dan suami berkesempatan ke restoran nasi ulam cikgu di kota bharu kelantan. kebetulan weekend kan, dua dua tak kerja, so boleh spend masa bersama. hari sabtu ramai orang sungguh di bandar. sesak sangat. so kami rempit je laki bini ke sana. haha. niat ke sana nak belanja makan sahabat kami, amirul sebab dapat further studies ke New Zealand. hehe. kita nak ke sana tak tahu bila, cukup la meraikan mereka kan. Amirul ni boleh dikatakan kawan baik azah juga waktu dekat kolej dulu. kalau azah dan kawan-2 yang lain tak faham topik, dia la yang jadi rakan rujukan kami. dia siap buat tutorial lagi. bagus betul amirul ni. moga Allah selalu merahmati dia. aamiin ya rabb.


lokasi Restoran Nasi Ulam Cikgu berdekatan je dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, dekat juga dengan Pasar Siti Khadijah dan Muzium Negeri Kelantan. so alang-2 pengunjung nak ke Kelantan, boleh singgah banyak tempat sekaligus. haa menjimatkan masa dan tenaga! hehehe. Restoran Nasi Ulam Cikgu ni ada dua cawangan berdekatan. so korang boleh pilih mana-mana tempat kosong. dua dua ada lauk yang sama dan harga yang sama.





apa yang bestnya pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu ?

1. makanan sedap

sungguh azah cakap. sedap gila! banyak pilihan lauk lauk yang ada. berderet. air pelbagai jenis. lauk yang melambangkan kenegerian pun banyak. ada ikan patin masak tempoyak, ada budu, ada ulam-ulaman terung, kacang botol, mangga muda, ikan talapia, ayam kampung, ayam, sotong, udang celup tepung. eh seriously banyak la! sampai kita rambang mata. haha. makanan dah la banyak. sedap pulak tu. nyumm!



2. bayaran murah

seriously azah cakap murah sungguh! seketol ayam celup tepung portion besar rm3 sahaja. ikan keli celup tepung rm6 sahaja. dah lah besar ikan kelinya. haha. tak habis kami laki bini makan. last2 azah paksa ratah je ikan keli tu. azah dah banyak kali makan dekat restoran nasi ulam ni, suami baru first time. tu azah bawa suami makan situ. kebetulan nak raikkan amirul sekali, so makan je Restoran Nasi Ulam Cikgu ni. harga yang azah dicaskan hanya rm29 sahaja tau! azah makan ikan keli celup tepung, ayam 2 pcs, ulam-ulaman, budu cicah asam limau dengan mangga muda, tembikai, air bandung cincau, square pula makan telur, ayam dan ulam-ulaman. kalau ikutkan memang banyak lauk tapi harga yang kena cas murah je! nyumm


try la kalau nak tahu macam mana pun okay! :DD




oh ye, azah panggil amirul ni sebagai a square/square. lupa nak cerita, square ni nama asalnya amirul ammar tapi sebab huruf A didepannya ada dua kali, so jadi la A kuasa 2. takkan la nama nak panggil A kuasa 2 kan, in english A square. tu dari masa belajar di kolej profesional mara indera mahkota kuantan pahang lekat nama a square. sampai sekarang la dipanggil a square / square. nak dijadikan cerita kan, a square ni lambat sampai. kami sampai dari pukul 1230 lagi. janji pukul 11 pagi tapi ada perkara tak boleh dielakkan, so terlambat sikit. a square sampai dalam pukul 120 dah. hehe. tapi takpe, kami okay je :D sementara tunggu square sampai banyak gelagat yang kami dapat tengok.









yang kelakarnya kan. dalam menunggu square, ada la seorang abang ni, dari belakang memang bentuk macam square, azah pun cakap la kat suami "macam square la b dari susuk belakang" . suami tengok2 je. tup tup laki tu berpaling. laaa bukan rupanya. suami pun terus kata "tu bukan square, tu triangle" kihkih. tak baik sungguh suami ai ni! tapi memang macam nampak badan segitiga sikit dia sebab perut dia kecik tapi dada bidang. heheh. kan ada jenis bentuk badan triangle :'D


lepas square sampai je, kami pun start la makan makan. suami dah menambah dua kali dah. punyalah double makan sebab breakfast tadi tak makan pun. hiks. naik badan la suami uiii :P tapi takpe, bambam pun isteri tetap sayang! hehehe. banyak benda la yang kami share share. last jumpa square waktu kami kahwin haritu, kira dah 4 bulan la tak jumpa. sebelum 4 bulan tak jumpa, setahun tak jumpa. haha. so bila lama tak jumpa, banyak la benda cerita. azah pun cerita perkembangan kami apa semua kan. 



 


bila dah 230 petang macam tu. masing-2 minta diri nak balik. square pun kena kemas barang-barangnya dah. in shaa Allah, 20 haribulan 2 ni dia akan fly ke New Zealand (NZ). 16 haribulan akan ke Kuala Lumpur. alhamdulilah. dalam 5-6 orang juga wakil pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota batch azah akan fly studies oversea. kita tumpang gembira je la kan. hehe



rajin2 belajar ye semua. jaga diri baik-baik. banggakan nama ayah mak dan juga banggakan nama kolej ye! in shaa Allah nanti jumpa lagi square, amar, auni dan lain-lain :)




Tips Pemakanan Untuk Hamil

$
0
0
salam semua.


harini genap la kami berkahwin 4 bulan :) anak? tipulah kalau taknak. apa orang cakap semua kita buat, apa orang suruh, semua kita buat. haha. awal memang awal lagi kahwin tapi dah kami teringin sangat nak baby kan :P apa apa pun, kite merancang Allah yang menentukan segalanya. kena ingat tu. kalau Allah belum kata ye, jadi tiada apa pun yang akan terjadi.


saja nak bercerita. dua minggu lepas ada berjalan ke rumah saudara. hmm. dulu waktu kahwin, sepupu suami pun kahwin pada hari yang sama juga. jadi majlis kami diadakan serentak. nak dijadikan rezeki, cousin azah bunting pelamin dan azah masih kosong. mungkin bagi saudara azah dia bergurau tapi bagi azah, gurauan dia tu tak kena tempat. dia cakap azah ni makin berisi, dah ada isi ke. azah cakap la benda betul. belum ada. takkan nak tipu kan. so dia pun cakap


"******** kahwin sama hari dengan awak, dia dulu pregnant, hebat dia lah, awak tak hebat lagi"


perghhh sentap noks! hebat tak hebat jangan laa pertikaikan. semuakan Allah yang tentukan :( 

azah: Allah bagi rezeki awal dekat dia, siapa kita nak mempersoalkan. dah sama-sama berkahwin, rezeki dia baby awal. rezeki kita tak sampai lagi, nak wat macam mana.


sudah-sudah la tu membandingkan. anak ni bukan harini proses esok dah terus ada. tak payah nak berlagak saya kahwin seminggu dah mengandung. tak payah. semuanya rezeki Allah tetapkan. please la, jangan cerita/bertanya pasal anak lebih-lebih lagi untuk pasangan yang NAK ANAK SANGAT. please la. macam mana nak mengandung kalau stress. please. kahwin dulu baru rasa bukan senang nak anak seorang tu. ada rezeki awal, ada la. kalau takde rezeki lagi, nak buat macam mana? get my point? 


so setakat 4 bulan dalam usaha nak pregnant ni, azah ada ikhtiarkan :

1. susu kambing original
2. hi goat susu kambing serbuk
3. lazz susu kurma
4. asid folic
5. jus delima NAR EKSISI





1. SUSU KAMBING ORIGINAL

susu ni senang je dapat sebab rumah azah dekat dengan pengedar susu kambing original. syukur. kalau ada duit lebih, boleh la beli banyak sikit. sedap susu ni :D azah minum macam tu je kekadang. ihiks. susu kambing ni azah start makan bulan 1 on off

2. HI GOAT SUSU KAMBING 

HI goat susu kambing ni azah start makan awal bulan 1. setiap pagi minum satu sachet. dalam tu ada pek 25 pcs je. lepas habis, azah try lazz susu kurma pula

3. LAZZ SUSU KURMA

rasanya sedap! azah consume setiap pagi atau sekali ingat. hahaa


4. ASID FOLIC

yang ni azah makan satu biji sehari start 5/12/2017. haa gigih ingat. haha. tablet kecik je so senang nak telan :) dah jadi rutin dah makan asid folic ni. kalau tak makan tak sah. hahaha. bestnya asid folik ni, bulan pertama azah makan waktu nak period tu, tiga hari awal berketul ketul darah hitam keluar. lega sungguh rasanya! best laa. dia betulkan balik hormon kita. azah period memang regular every month cuma risau la kot darah tak habis kan. ni selepas azah consume asid folic, darah smooth je keluar :)

5. JUS DELIMA NAR EKSISI

azah start consume jus ni pertengahan bulan satu. azah makan waktu malam sahaja sebelum tidur. satu sudu plastik jus delima dicampurkan dengan air suam. sedap. rasa masam masam manis. hiks


so, kesimpulannya dalam masa sebulan dua ni azah amalkan :

pagi minum susu kambing
tengahhari atau petang makan asid folic
malam makan jus delima 



mudahan ada rezeki selepas ni. aamiin ya rabbal alamiin. azah doakan mora korang yang TTC pun ada rezeki ye :D aamiin. 




Day 3 – Your idea of the perfect first date.

$
0
0
Salam semua!


selamat berhujung minggu. so post kalini pasal hari ketiga 30 things in 30 days challenge. klik SINI untuk check it out apa la permainan challenge ni kan :p ahaks. boleh la korang tambah2 entri guna game ni. bagi yang lack of ideas, boleh try buat game ni untuk banyakkan entri korang tau :)



okay, harini nak cerita pasal idea untuk jadikan first date kita ni perfect. jujurnya, kami mana ada first date pun. hahaha. sebab duduk sekampung so mana tahu dan mana ingat bila kali pertama kami berjumpa. ewah. suami kata kali pertama jumpa, suami dah jatuh hati pada isterinya ni. lalala. ye ke macam tu? agaknya boleh percaya tak ye? haha. okay okay, memandangkan azah ni mana ada first date dan azah ni bukanlah sweet romantik mana pun, so point-point Idea of the Perfect First Date ni azah buat apa yang terlintas di fikiran azah waktu ni.



1. Dapatkan izin ibu ayah

apa apa yang nak dibuat pun mesti dapatkan izin mak ayah. azah berani tabik for those keluar dengan bukan mahram dan dapat keizinan daripada mak ayah. inform la mak ayah, sekurangnya mak ayah tahu apa aktiviti kita kan. lagi baik first date di rumah bakal isteri je.



2. Bukan berdua-duaan

sambut first date dengan berdua-duaan tu bukannya romantik mana pun. kalau dah suami isteri, okaylahh nak first date berdua-duaan kan tapi kalau bukan mahram tu, lebih baik ELAKKAN. tak elok mata memandang. so kalau nak keluar berdua as mahram, better la ditemani orang ketiga. kalau keluar berdua macam tu, orang ketiga yang menemani syaitan ye. so no no no keluar berdua.



3. Katakan TIDAK kepada bunga-bunga

seriously tak semua perempuan sukakan bunga. alamak aii. azah salah seorang yang tak sukakan bunga. membazir tau beli bunga mahal mahal, last last layu jugak. hahaha. tu belum masuk cerita beli bunga di cameron highlands, balik rumah esok terus layu. punyalah excited kata bunga boleh tahan sampai bertahun kan. eleh, sembang je lebih :P haha. so why not tukarkan kebungaan tu kepada something yang biasa tapi romantik seperti contohnya chocolate, suprise delivery, buskers nyanyi, atau something yang orang tak biasanya buat :P




4. Pilih tempat yang boleh dijadikan memori

seeloknya tempat date tu biarlah kawasan orang ramai dan tempat yang menarik sebab tempat tu lah yang akan diingati sampai bila2. contohnya, rumah bakal pengantin isteri. eh menarik tau kalau nanti cucu cicit tanya kat mana first date kita pastu kita jawab kat rumah. haa. secara tak langsung tu boleh tunjukkan nilai yang baik untuk anak cucu. yelah, nak dapat family yang sakinah mawadah warahmah, kita dulu yang kena jadi mawadah warahmah. hehe




rasanya tu jela dulu kot :P azah nasihatkan first date ni biarlah dengan ORANG YANG TEPAT dan PADA WAKTU YANG TEPAT supaya kita tak tersalah langkah kemudian hari. first date biarlah simple dan sederhana, lepas kahwin nanti banyak lagi perkara-perkara penting yang melibatkan duit tau. :) so, fikir-fikirkan dan selamat beramal.





Laptop Rosak

$
0
0
salam semua



sedar tak sedar, dah seminggu tak up entry baru. mulanya cerita raya cina azah penuh dengan majlis kahwin sepupu. 4 hari 4 malam jugak la membantu apa yang patut. haha. banyak nak cerita sebenarnya tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. laptop buat perangai dah hampir seminggu.



al kisahnya malam tu kami bergurau laki bini. laptop di hujung katil. nak dijadikan cerita, waktu bergurau tu, tup kaki diri sendiri tersepak laptop. bunyi bangg kuat sangat. alahai. rupanya laptop dah cecah lantai. kami laki bini ni cepat2 la tengok macam mana keadaan laptop ni. laptop dah jatuh atas lantai dalam keadaan tertutup. skrin laptop yang kena hentakan. ambik je laptop tu dah tak hidup. on 3-4x tetap tak hidup gak. alahai. silap azah juga letak laptop hujung katil kan. dalam setengah jam jugak on on tak hidup. azah dah badmood dah.





suami sayang la baiki tekan situ sini baca doa jampi jampi sikit dengan harapan akan hidup balik. haha. lepas setengah jam, okay balik laptopnya tapi kita jangkakan panas di siang hari rupanya hujan yang datang. sobs. bila dapat on laptop, suku jam setengah jam hidup, mati semula. alahai.



ni sekarang update guna handphone je. nampak gayanya kena masuk bengkel la laptop sayang saya ni. sabar jela kan. entri slow slow azah update ye. banyak azah nak story mory. ihihi.



jumpa lagi. bye!


Hadiah Birthday Suami Sayang!

$
0
0
salam semua.

dua minggu lepas sempat la ke bandar. ada la urusan sikit. so suami pun ajak ke Al Ikhsan. suami nak tengok-2 kasut baru untuk futsal dan badminton katanya. yelah kan, kasut dah koyak, dah lama tak berganti kasut. so suami ke sana.


mulanya sampai Al Ikhsan, azah taknak masuk. yelah kebanyakkan barang2 lelaki kan. azah mana suka. haha. so nak dijadikan cerita. eh kenapa aku tak belanja je suami terus sempena birthday dia akan datang kan. nak sambut kemudian takut nanti busy dengan kerja :) so azah pun masuk la. intai2 mana la suami saya ni. haha.


jumpa suami dekat kasut, azah tanya berkenan ke? suami cakap berkenan tapitengok2 la dulu. gaji tak masuk lagi kan yang bulan lepas. biasanya gaji masuk 6 @ 7 haribulan. azah pun senyap jela. awalnya plan nak suruh kawan suami je belikan kasut al ikhsan tapi tak reti la pulak nak bercakap kan. so kita beli jela sendiri. haha.






waktu suami dok tengok2 mana yang berkenan. azah cepat2 snap gambar dia. haha. tilik punya tilik,, suami tengok harga. macam mahal sangat. azah tetap kata takpe ambil lah yang mana-mana. pastu suami try dua tiga kasut. staff kedai pun sangat membantu. asalnya nak warna hijau tapi dah habis stok. so suami pun ambil je biru. azah tak kisah, asalkan suami suka.



selesai semua, dah puas hati, waktu nak bayar, suami cakap "pinjam duit mi dulu la, b tak cucuk lagi" azah pun diam jelah. haha. guna debit card maybank, eh tak berjaya. guna debit card bsn pun tak berjaya jugak. last2 pergi la bank berdekatan, withdraw duit dulu :D sebelum withdraw suami cakap pasal duit lepas2, azah terus cakap takpelah, tak payah ganti, mi belanja hadiah birthday. suami macam tak percaya, yelah benda mahal kan. azah bersungguh nak bagi dia lak tak percaya. haha. pergi ke ihsan balik, dan buat pembayaran. suami sengih je macam kerang busuk. haha. lepas al ikhsan kita balik rumah dah :)) nak kena rehat, esoknya dah nak kerja kan hari pertama. hehehe



Add caption




balik al ikhsan dia dok try try je kasut. amboiiii suka kemain! haha. lepas tu dia update status kat ig dengan status kat ws. amboiii suka ye!


apa apa pun, SELAMAT HARI LAHIR sayangku. maaflah hadiah tak seberapa. mi doakan moga2 hubungan kita kekal ke syurga Allah, dikurniakan anak anak yang soleh solehah, b dipermudahhkan urusan dan dipanjangkan umur untuk terus meniti dalam kehidupan bersama mi. i love you from the moon and back. aamiinn



Diserang Sakit Perut

$
0
0
Assalamualaikum semua!



bila datangnya musim cuti, adatlah banyak kenduri kendara yang perlu hadir. yelah kan, dulu orang orang datang kenduri kita. takkan kita tak datang kenduri orang kan? orang berbudi, kita berbahasa. orang berbudi, kita balas balik. balas berbudi tula akan rapatkan hubungan silaturahim tu kan.





bila dah banyak kenduri, banyak jugaklah "input". dengan harapan, tak salah makan. makan pun berpada je tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. tahun baru cina yang ketiga sampai dua tiga hari selepasnya azah diserang sakit perut bertalu talu. ada cirit sikit. ada kembung sikit. ada memulas mulas juga sikit. hari pertama sakit perut biasa je. azah buat derk je dengan harapan segalanya akan hilang lepas "output".



rupanya angan tu macam pelamin anganku musnah bila hari kedua sakit perut makin membisa. Allahuakbar. letih sangat. sekejap sekejap diserang sakit perut ni. dulu dulu kalau sakit perut ni sekejap je, tapi sakit perut kalini lain macam je. malam hari kedua, azah dah tak tahan, terus ajak suami ke klinik swasta.



pukul 8 malam kami ke sana. kebetulan doktor ada, kami terus request nak jumpa. kalau doctor lain yang gantikan, kami ambil ubat jela sebab tak biasa dengan doktor lain kan. lepas daftar je, rezeki tak ramai pesakit malam tu, dalam 30 saat duduk je, pembantu klinik terus panggil azah masuk jumpa doktor.



doktor tanya itu ini, semua azah jawab sejujurnya. lepas check doktor bagi ubat kembung perut dan ubat memulas. 3x sehari, satu tablet setiap waktu. mudahan sembuh la kan. balik dari klinik, hanya mampu makan nasi putih,telur dan kicap sahaja. tak lalu nak makan nasi berlauk yang lain. lepas dinner, makan ubat dan terus berehatkan diri. harapnya esok sembuh la kan.



lepas makan ubat sehari, sakit perut masih tak hilang. Allah. betul2 diuji kali ni. hari ketiga sakit.perut, hari rabu. tahan je sakit perut haritu. malamnya ingat nak ke klinik kesihatan tapi confused sama ada klinik kesihatan buka atau tutup kan pada waktu malam. kalau pergi, kang klinik tutup, sia sia jela pergi. kalau buka, mesti dah boleh sembuh. haha. suami serahkan semuanya kat azah, kalau nak pergi, suami bawakan. kalau taknak pun takpe. so azah ambil keputusan, kita ke klinik khamis je.



cerita klinik pada hari khamis, azah cerita kemudian ye. doakan azah jumpa doktor dengan tenang dan redha terima segala keputusannya ye.


Part 2 : Scan Perut

$
0
0
assalamualaikum semua!


rentetan post INI, azah ada mengadu azah sakit perut kan? so azah dengan husband ambil keputusan untuk ke klinik kedua, untuk check up perut. manalah tahu kot ada masalah dalaman yang kita tak tahu. mungkin ada cyst. mungkin ada fibroid atau mungkin ada ketumbuhan (nauzubillahminzalik, dijauhkanlah daripada kita semua kan) sebab azah sakit perut kalini lain macam. bukan macam sengugut ye atau macam sengugut tapi azah je tak rasa sebab seumur hidup mana pernah kena heavy pain period ni.


hadi pun sokong je untuk ke klinik scan perut. better tahu awal-awal kan. hadi pun takut juga kot kalau tahu ada penyakit apa dah last last stage macam arwah mertua azah, mak hadi ada kanses usus tahap ketiga bila tahu. Allahuakbar. lepas sakit perut dua hari, azah dah google dah pasal sakit perut ni. memacam la baca. tanda-2 ini la, itu la. so lagi la membuatkan azah cuak.



rabu malam azah sepatutnya ke klinik kesihatan je, bila fikir balik eh klinik kesihatan bukak ke malam malam ni kan. petangnya tu ada la call satu dua tempat klinik untuk follow up sama ada nak buat scan perut kena appointment atau tak. dua klinik azah call untuk dapatkan kepastian. klinik ni klinik yang ada doktor dan kakak officemate azah cadangkan. bila dah dapatkan kepastian, nekad nak ke klinik esoknya.


khamis lepas balik kerja, azah dan hadi pecut ke klinik zaitun, kota bharu. balik kerja 430 petang, sampai sana dalam 505 petang macam tu. cuak semuanya rasa! hahaa. bila sampai je, terus buat pendaftaran. lepas pendaftaran tak sempat nak duduk, pembntu klinik dah panggil untuk berjumpa doktor.



masuk je bilik doktor,


doktor: awak dah mengandung berapa minggu dah?
azah: tak mengandung lagi doktor, hehe. 
d: oo jadi nak scan perut tujuan apa?
a: ingat nak scan la cyst, fibroid atau lain2
d: kenapa? awak ada tanda tanda ke?
a: belum lagi doc tapi takut ada sakit dalaman yang kita tatau
d: okay takpe, meh kita check

azah pun merelakan la perut di scan. doc zaitun in charge petang tu. doc zaitun lumur krim sejuk (tatau la bahasa doktor apa kan gel sejuk ni). lepas tu, doc scan guna alatnya. first timee scan perut seumur hidup tau! hihihi.


d: ni bahagian bawah, pundi kencing awak ni okay, normal je ni. kalau ada cyst and fibroid, akan ada di kawasan ini, normal je, takde cyst atau fibroid ni, ni kawasan rahim awak, okay jugak ni, cantik je.
a: rahim kedudukan okay ke ni doc?
d: okay je ni. cantik dah kedudukan ni. bahagian bawah takde apa apa ni, semuanya okay je. kite tengok bahagian atas pula


doc sapu sapu gel lagi dan scan bahagian atas perut pula

d: ni bahagian usus awak. cantik jugak. tak bengkak pun. takde masalah pun ni.
a: kalau perut buncit ni ada potensi dapat cyst fibroid ke doc?
d: ada juga terkadang tapi dalam kes awak ni, saya check takde pun. cuma lemak je banyak ni kat perut. kena diet sikit lah 


azah dah gelak gelak dah. suami azah sengih je. nampak gayanya kena diet lah! haha. janganlah angka berat jejak 60 lebih kan. adoii. sekarang mungkin dah 56kg macam tu kot. alahai. tapi syukurlah takde masalah apa. im so nervous. yelah kan. check sebab kita tak tahu. kalau ada, boleh rawat awal2. kalau takde, teruskan jaga pemakanan kan. malang tidak berbau kan.



alhamdulilah la. selesai scan perut. bayaran yang dicaskan rm50. okay lah. memadai lah kan dengan scan scan dan dapat nasihat ni :)) hehe. azah dah scan perut, korang dah ke? jangan terlambat ye.



Viewing all 248 articles
Browse latest View live